FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Jan 2025

Strategi

Panduan Candlesticks Marubozu: Apakah Ia Dan Cara Untuk Trade Dengannya

MDP-6842_1_cover_1200x675_MS.png

Pengenalan

Pasar kewangan yang bergerak pantas memerlukan analisis trend dan perubahan pasaran yang dilakukan dengan cermat dan mengambil kira skop pelaburan yang menyeluruh.

Tidak kira sama ada trader berpengalaman mahupun pemula, kedua-duanya harus sentiasa membuat keputusan dengan cukup bermaklumat untuk mengimbangi risiko yang wujud secara semula jadi di pasaran. Carta candlestick adalah alat ampuh yang membantu anda memahami apa yang berlaku secara visual, dan yang lebih penting, membantu anda mendapatkan gambaran apa yang mungkin akan berlaku selepas itu.

Ada banyak pola yang informatif muncul pada carta tersebut. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan secara umum dengan satu pola yang sangat relevan: candlestick Marubozu. Ia mencerminkan keyakinan pasaran yang kuat dan dapat membantu trader menduga penyongsangan arah trend atau kesinambungan trend sebelum ia terjadi.

Apakah itu candlestick Marubozu?

MDP-6842_2_1200x675_MS.png

Candlestick Marubozu adalah formasi terkenal yang ditemui dalam carta kewangan. Secara visual, ia mempunyai badan yang sangat panjang tanpa sumbu/bayang atas atau bawah.

Ini memberitahu maksud bahawa dalam rangka masa carta, harganya tidak pernah melampaui harga sesi trading. Aset tersebut dibuka dan ditutup dengan harga tertentu dan tidak bergerak lebih jauh daripada nombor-nombor ini pada bila-bila masa.

Dengan turun naik yang terhad seperti ini, tafsirannya adalah bahawa pasaran telah membuat keputusan atau mempunyai pendapat yang teguh tentang aset itu. Ia mencerminkan momentum pasaran yang kuat, dengan mencadangkan secara visual: “Tidak ada keraguan mengenainya, sama ada kita beli atau kita jual aset ini.”

Seperti kebanyakan pola carta lain, kita mempunyai dua jenis candlestick Marubozu: Marubozu bullish dan Marubozu bearish.

Dengan Marubozu bullish, harga dibuka rendah dan ditutup tinggi, tanpa variasi di luar paras minimum dan maksimum ini sepanjang sesi trading. Candlestick ini biasanya berwarna hijau atau putih dan menunjukkan bahawa bulls mengawal pasaran sepanjang masa.

Sebaliknya, dengan Marubozu bearish, harga dibuka tinggi dan ditutup rendah, juga tanpa variasi harga di luar had ini. Candlestick ini biasanya berwarna merah atau hitam dan menunjukkan bahawa bears mengawal pasaran sepanjang sesi tersebut.

Memahami candlestick dan carta mereka

MDP-6842_3_1200x675_MS.png

Candlestick muncul dalam pelbagai bentuk, tetapi konsep asas yang harus diketahui di sini adalah betapa ia menunjukkan skop penuh perubahan harga aset dalam tempoh yang dipilih: tubuh candlestick mewakili harga buka dan tutup, dan sumbu mewakili harga tertinggi dan terendah yang dicapai dalam tempoh tersebut.

Jika harga meningkat dalam tempoh yang dianalisis, atau jika ia dibuka rendah dan ditutup tinggi, kita akan ditunjukkan candlestick hijau bullish. Jika harga menurun (dibuka tinggi dan ditutup rendah), kita akan ditunjukkan candlestick merah bearish.

Contoh mudah: dalam sesi trading harian, saham syarikat Z dibuka pada harga $10 dan ditutup pada harga $15. Pada hari itu, harga tertinggi adalah $20 dan harga terendah adalah $5. Tubuh candlestick akan mewakili angka 10 dan 15, dan sumbu akan mewakili angka 5 dan 20. Ini akan membentuk candlestick hijau bullish pada carta.

Jika anda himpunkan semua candlestick harian dalam carta 3 bulan, sebagai contoh, anda akan dapat melihat sejarah harga aset untuk tempoh itu. Ini dipanggil carta candlestick dan ia adalah alat yang penting dalam trading.

Pelbagai pola candlestick muncul berulang kali dalam carta-carta tersebut. Trader dan penganalis kewangan mengkaji pola ini untuk meramalkan pergerakan harga dan mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai psikologi pasaran.

Psikologi di sebalik pola candlestick Marubozu

Dalam dunia pola candlestick, candlestick Marubozu dianggap sangat penting oleh penganalis kewangan. Ini kerana ia boleh memberikan firasat arah pergerakan pasaran yang kuat, membayangkan dominasi total pembeli atau penjual.

Apabila candlestick Marubozu muncul, ia petanda yang jelas bahawa tiada keraguan dalam pasaran dalam tempoh tersebut: pasaran sama ada membeli aset tersebut atau menjualnya, mendorong harga naik atau turun tanpa keraguan. Oleh itu, tidak ada sumbu atau bayang-bayang: harga berubah dalam satu arah dengan keyakinan dan terus bergerak.

Oleh itu, penampilan candlestick Marubozu adalah representasi visual sentimen pasaran yang kuat, sama ada bullish atau bearish, yang mengisyaratkan kemungkinan trend akan menyongsang atau berterusan, bergantung pada situasi.

Cara mengenal pasti candlestick Marubozu

MDP-6842_4_1200x675_MS.png

Candlestick Marubozu cukup mudah dikenal pasti dalam carta. Inilah yang anda harus cari:

  1. Tiada sumbu atau bayang-bayang. Candlestick hanya berbentuk segi empat tepat tinggi, tanpa garisan yang menjulur keluar dari sisi atas dan bawah. Jika sumbu atau bayang-bayang ada tetapi sangat minimum, pola itu masih sah.

  2. Harga yang sepadan. Harga pembukaan dan penutupan sepadan dengan harga tertinggi atau terendah, bergantung sama ada candlestick itu bullish atau bearish. Padanan yang sempurna jarang ditemui, jadi sumbu yang sangat pendek tidak menjadikan pola itu tidak sah.

  3. Tubuh yang lebih panjang. Candlestick Marubozu mempunyai badan yang lebih besar berbanding dengan lilin lain kerana harga bergerak secara konsisten dalam arah yang sama tanpa banyak pengunduran.

Secara ringkasnya, candlestick Marubozu kelihatan besar dalam carta dengan sumbu yang minimum atau tiada sama sekali dan mewakili tekanan belian atau jualan yang kuat daripada pasaran.

Marubozu Bullish vs. Marubozu Bearish

Marubozu bullish adalah candlestick di mana harga buka juga adalah harga terendah, dan harga tutup juga adalah harga tertinggi.

Candlestick ini menunjukkan momentum pembelian yang kuat, bermaksud bahawa bulls mengawal sesi dan pembeli tidak dapat memberikan sebarang rintangan kepada harga yang meningkat.

Ini bermakna pasaran optimis tentang aset, dan harga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terus meningkat.

Jika Marubozu bullish muncul semasa trend menaik, ia adalah isyarat yang kuat bahawa trend akan terus berlanjutan. Jika muncul semasa trend menurun, ia mungkin petanda bahawa penyongsangan sedang bermula.

Marubozu bearish pula bersifat sebaliknya. Harga buka adalah harga tertinggi dan harga tutup adalah harga terendah. Agar lebih jelas, lihat jadual di bawah untuk perbandingan langsung antara keduanya.

Marubozu Bullish

Marubozu Bearish

Hijau atau putih

Merah atau hitam

Harga buka adalah harga terendah

Harga buka adalah harga tertinggi

Harga tutup adalah harga tertinggi

Harga tutup adalah harga terendah

Pembeli mendominasi sesi tersebut

Penjual mendominasi sesi tersebut

Pasaran optimis

Pasaran pesimis

Semasa trend menaik memberi isyarat kesinambungan

Semasa trend menaik memberi isyarat penyongsangan

Semasa trend menurun menunjukkan penyongsangan

Semasa trend menurun menunjukkan kesinambungan

Penting untuk diingat bahawa kedua-dua pola akan lebih meyakinkan jika mereka muncul bersama dalam sesi trading dengan volum yang tinggi. Dengan bilangan aktiviti membeli atau menjual yang lebih meriah, itu isyarat yang jelas bahawa ia adalah cerminan yang kuat tentang sentimen pasaran.

Juga, seperti banyak pola lain dalam carta kewangan, ia memerlukan pendekatan yang holistik dengan indikator lain dan maklumat penting pasaran. Ia tidak seharusnya digunakan secara bersendirian. Sebaliknya, ia lebih baik digunakan bersama-sama dengan alatan lain yang ada dalam toolkit trader.

Bagaimana cara menggunakan candlestick Marubozu dalam urusniaga anda

Berikut beberapa tip untuk mengintegrasikan pola candlestick Marubozu ke dalam strategi jangka pendek dan panjang anda:

  1. Pantau konteks. Bergantung pada posisi dan jenis candlestick, candlestick Marubozu mempunyai makna yang berbeza. Sebagai contoh, jika sebatang Marubozu bullish muncul semasa trend menurun, ini boleh menandakan penyongsangan arah. Jika itu Marubozu bearish, ia mungkiin bermaksud trend menurun akan berterusan. Perhatikan nuansa ini dan sentiasa cuba untuk melihat gambaran yang lebih besar.

  2. Guna indikator lain. Aras sokongan dan rintangan berdekatan dengan candlestick Marubozu boleh menjadi petanda akan berlaku penembusan (breakout). Selain itu, adalah penting untuk turut memeriksa indikator lain selain Marubozu, seperti purata bergerak, volum urusniaga, RSI (Relative Strength Index), dan juga berita ekonomi dan politik.

  3. Periksa rangka masa. Rangka masa yang lebih besar, seperti carta harian atau mingguan, boleh lebih bermakna untuk candlestick Marubozu, kerana ia cerminan sentimen pasaran dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia lebih "bersih" kerana kurang terkesan dek hingar bingar pasaran dan kemeruapan intrahari yang lazim berlaku pada carta berangka masa lebih kecil, seperti 15 minit, atau bahkan 1 jam.

  4. Tunggu tempoh itu berakhir. Candlestick yang rupanya seakan-akan seperti Marubozu di tengah-tengah suatu sesi trading boleh akhirnya kelihatan benar-benar berbeza. Tunggu tempoh itu berakhir untuk membuat sebarang kesimpulan muktamad.

  5. Tetapkan renti rugi dan ambilan untung. Sebatang Marubozu bullish boleh dilihat sebagai satu himbauan untuk membuka posisi long dan Marubozu bearish boleh dilihat sebagai himbauan untuk membuka posisi short, bagaimanapun, trend itu harus disahkan dan gunakan pengurusan risiko yang betul dengan renti rugi dan ambilan untung. Untuk Marubozu bullish, anda boleh tetapkan renti rugi di bawah paras terendah candlestick. Untuk Marubozu bearish, anda boleh tetapkan renti rugi di atas paras tertinggi candlestick.

MDP-6842_5_1200x675_MS.png

Kelebihan dan kelemahan candlestick Marubozu

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kelemahan yang anda harus perhatikan ketika berdagang dengan candlestick Marubozu.

Pro

  • Candlestick Marubozu sangat serbaguna dan boleh digunakan dalam pelbagai pasaran yang berbeza, seperti saham, forex, matawang kripto, dan lain-lain.

  • Ia sangat mudah dilihat dan difahami, menjadikannya alat yang berguna untuk pemula merancang langkah mereka dalam trading menggunakan indikator.

  • Ia isyarat yang kuat tentang sentimen pasaran dan momentum, mencerminkan kebarangkalian penyongsangan arah yang lebih tinggi, penerusan atau penembusan trend.

Kontra

  • Candlestick Marubozu memerlukan pengesahan dan lebih andal (reliable) jika dianalisis bersama dengan indikator lain, seperti volum urusniaga dan purata bergerak.

  • Ia juga kurang andal dalam pasaran yang meruap dan apabila ia muncul dalam rangka masa yang lebih singkat, mengelirukan trader.

  • Kerana maknanya, mereka boleh membuat orang bereaksi berlebihan dalam tindakan mereka, menyebabkan kerugian yang lebih besar jika pasaran berperilaku dengan cara yang berbeza dengan tiba-tiba.

Secara ringkasnya, walaupun candlestick Marubozu adalah indikator yang ampuh, adalah penting juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan pengurusan risiko yang betul apabila berdagang menggunakannya.

Kepentingan candlestick Marubozu

Candlestick Marubozu adalah penting untuk meramalkan tingkah laku dan perubahan pasaran. Ia perlu menjadi sebahagian daripada toolkit pedagang.

Walaupun penting untuk menggunakan lebih daripada satu indikator secara bersama, candlestick-candlestick ini cara yang mudah untuk melihat dengan cepat jika pasaran sudah bersedia untuk menyongsang atau perubahan penting lain.

Mula cari Marubozu dalam carta anda dan gunakan pola ini untuk membuat keputusan yang berinformasi dengan baik dalam strategi trading anda.

Ringkasan

Candlestick Marubozu adalah candlestick bertubuh besar tanpa sumbu atau bayang, atau sumbu yang minimum. Tubuhnya mewakili harga pembukaan dan penutupan aset tertentu dalam tempoh perdagangan tertentu.

Oleh kerana harga tidak banyak mengundur, candlestick Marubozu adalah petanda yang jelas tentang sentimen pasaran yang kuat, sama ada bullish atau bearish. Trader boleh menggunakan kemunculan candlestick itu untuk membuat keputusan trading dan meningkatkan peluang keuntungan mereka.

Walaupun pola Marubozu ini penting, trader tidak harus mempercayainya bulat-bulat, dan harus mengesahkan unjuran mereka dengan indikator lain dan maklumat pasaran.

Sudah sedia untuk bermula? Buka akaun anda di FBS hari ini dan mula trade dengan platform yang andal dan mudah digunakan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.