FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Apr 2025

Asas

Jenis-jenis Dana Pelaburan: Setiap Satunya Berbeza

Bagaimana cara memilih dana pelaburan? Apakah jenis-jenis utama instrumen kewangan yang menarik dan kompleks ini? Dalam artikel ini, kami akan menguraikan perbezaan di antara semua produk ini dan menerangkan pilihan yang terbaik untuk pelbagai matlamat.

Main.png

Apakah itu dana pelaburan?

Bayangkan ada satu bakul besar yang mengandungi pelbagai aset: saham, bon, hartanah, dll. yang menggabungkan modal daripada ramai pelabur (individu dan juga syarikat). Ini adalah dana pelaburan — satu instrumen kewangan yang pelbagai dan diuruskan oleh seorang profesional. Anggap ia seperti satu road trip berkumpulan: semua orang berkongsi menyumbangkan wang petrol, dan seorang pemandu yang berpengalaman (pengurus dana) membawa anda semua ke destinasi yang menguntungkan. Ia alat hebat yang membolehkan anda mengurangkan risiko dan potensi pulangannya mungkin lebih besar daripada melabur secara langsung. Dalam pasaran kewangan moden, dana pelaburan menyediakan kecairan, pempelbagaian, pengurusan yang profesional, dan akses kepada pasaran asing.

Secara ringkasnya, mengapa anda harus gunakan dana pelaburan?

  • Anda tidak perlu menjadi seorang pakar kewangan — para profesional mengurusnya untuk mengejar matlamat dana berkenaan — pertumbuhan, pendapatan, atau dengan kaedah tertentu.

  • Anda boleh bermula dengan modal pelaburan yang kecil.

  • Risiko anda dipecah-pecah merentasi pelbagai pelaburan berbeza, menjadikannya lebih selamat berbanding meletakkan semua wang anda dalam satu aset.

Trading adalah selamat dengan FBS. Cuba sekarang!

Jenis-jenis utama dana pelaburan

Dana bersama

Dana bersama mengumpulkan wang daripada ramai pelabur dan mewujudkan satu portfolio saham, bon, atau sekuriti lain yang terpelbagai (diversified). Ia diuruskan oleh profesional dan biasanya dikemas kini setiap hari. Dana bersama lazimnya berbentuk dana terbuka, mereka menerbitkan unit-unit pelaburan baharu apabila wang disumbangkan dan membeli semula unit pelaburan apabila wang dikeluarkan. Harga unit pelaburan ditambat dengan nilai aset bersih (NAV) pada akhir setiap sesi trading. Sebagai contoh, Dana Indeks Vanguard 500 (VFIAX) – dana amanah popular yang menjejaki S&P 500. Pelabur membeli atau menjual saham dana bersama secara langsung dengan dana bersama (atau melalui broker) pada harga NAV harian, bukan di bursa.

Dana bersama sangat bagus untuk mempelbagaikan dan portfolio persaraan, dan ia popular dalam kalangan pelabur jangka panjang, tetapi ia ada kosnya: terdapat yuran pengurusan (expense ratios) yang berbeza dari satu dana bersama ke dana bersama yang lain.

Terdapat pelbagai jenis dana bersama yang memfokus pada aset-aset yang berbeza:

  • Dana bersama ekuiti (melabur dalam saham).

  • Dana bersama berpendapatan tetap (melabur dalam bon).

  • Dana bersama pasaran wang.

  • Dana bersama campuran yang menggabungkan pelbagai aset.

Dana indeks

Dana indeks adalah sejenis dana bersama yang berusaha untuk mentauladani indeks pasaran (seperti S&P 500) dan bukannya cuba mengatasinya. Ideanya di sini adalah untuk mengumpulkan wang daripada ramai pelabur dan mencipta portfolio yang hampir menyerupai komposisi indeks yang disasarkan agar dapat menyamai prestasinya.

Ia alat yang hebat jika anda memerlukan pilihan pelaburan pasif dengan penyelenggaraan yang rendah — dana itu terdiri daripada saham-saham (atau sekuriti lain) yang sama dengan nisbah peratusan yang sama seperti dalam indeks sebenar, dan ia biasanya mempunyai perbelanjaan operasi dan yuran yang sangat kecil. Ia melibatkan pembuatan keputusan yang minimum — pada asasnya, pelan ini dikendalikan secara autopilot.

Dengan dana indeks, anda boleh mereplikasi semua jenis indeks: penanda aras pasaran saham, indeks bon, indeks pasaran asing, atau indeks yang lebih tersasar yang memfokus pada sektor-sektor atau faktor-faktor tertentu. Anda akan mendapat satu pelaburan berkos rendah dan terpelbagai yang akan naik atau jatuh seiring dengan segmen pasaran keseluruhan yang menjadi model tauladannya. Sebagai contoh, dana indeks S&P 500 akan memberikan pulangan yang hampir sama dengan S&P 500 itu sendiri (sebelum mengambil kira kos fi).

Dana Dagangan Bursa (ETF)

Image_1.jpg

ETF berprestasi terbaik setakat 4/01/25

Dana dagangan bursa, atau Exchange Traded Fund (ETF), adalah satu portfolio yang menjejak suatu indeks pasaran atau sektor, komoditi, atau gaya pelaburan. Sebagai contoh, ETF SPDR S&P 500 (SPY) adalah salah satu ETF yang paling popular yang menjejak indeks S&P 500. ETF serupa dengan saham kerana ia didagangkan di bursa, dan oleh kerana itu harga sahamnya berubah sepanjang hari berdasarkan penawaran dan permintaan. Kebanyakan ETF cuba menyamai prestasi indeks secara pasif, tetapi ada yang diuruskan secara aktif.

ETF biasanya mempunyai nisbah perbelanjaan yang lebih rendah berbanding dana bersama dan lebih efisien dalam aspek cukai. ETF adalah pilihan yang baik jika anda mencari fleksibiliti dan kecairan: anda boleh beli atau jual saham melalui broker pada bila-bila masa pasaran dibuka.

Perbezaan antara dana indeks dan ETF adalah dana indeks mempunyai harga beli dan jual yang sama, manakala ETF mempunyai harga ask dan bid — harga untuk membeli dan menjual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini dipanggil spread.

Dana lindung nilai

Dana lindung nilai (hedge funds) adalah seperti pelaburan yang berisiko tinggi dan berpulangan tinggi yang diurus secara peribadi untuk pelabur kaya. Dana lindung nilai biasanya menarik minat institusi atau individu dengan pendapatan atau nilai bersih yang tinggi, dan kadangkala wang anda terikat untuk suatu tempoh. Mereka juga mengenakan yuran yang lebih tinggi, kebiasaannya yuran pengurusan selain daripada yuran prestasi (sebahagian daripada keuntungan).

Tidak seperti dana amanah atau ETF, dana lindung nilai biasanya mempunyai peraturan yang kurang ketat, jadi ia boleh dilaburkan dalam pelbagai jenis kelas aset (saham, bon, komoditi, derivatif, dll.)

Potensi untuk untung besar datang bersama dengan potensi rugi yang sama besar. Dana lindung nilai sesuai untuk pelabur yang lebih berpengalaman: mereka yang sering mencari pulangan mutlak (untung tanpa mengira keadaan pasaran) dan menggunakan strategi yang fleksibel dan agresif (seperti penjualan short dan leveraj) untuk mencapai keuntungan yang besar.

Walaupun dana lindung nilai telah berkembang hingga ke tahap menguruskan trilion dolar di seluruh dunia, ia tetap menjadi sektor niche bagi para pakar yang mencari strategi alternatif.

Dana pasaran wang

Bagi mereka yang ingin menyimpan wang tunai dengan sedikit faedah, dana pasaran wang (money market funds) adalah ideal.

Ia adalah dana bersama berisiko rendah yang melabur dalam pelaburan jangka pendek yang selamat seperti Bil Perbendaharaan A.S., hutang korporat, dan sijil bank. Dana-dana ini biasanya memastikan harga mereka stabil (sekitar $1 sesaham NAV di A.S.) dan digunakan sebagai tempat yang selamat dan terpelbagai dengan baik untuk menyimpan wang tunai. Mereka melabur dalam hutang dengan tempoh matang yang lazimnya kurang daripada 1 tahun dan dengan risiko kredit yang rendah dan amat rendah kemeruapannya. Selain itu, wang itu mudah diakses.

Walaupun anda tidak akan mendapat keuntungan sebanyak yang lazim diperolehi dengan saham atau bon, dana pasaran wang memberikan peluang yang baik untuk menyimpan tunai dengan risiko yang minimum atau menggunakannya sebagai aset perlindungan apabila pasaran saham tidak stabil atau kadar faedah meningkat.

Ingin cuba trading, tetapi tidak pasti di mana untuk mula? Pergi ke FBS dan mulakan penerokaan trading anda dengan akaun demo.

Dana ekuiti persendirian

Dana-dana ini melabur dalam syarikat persendirian (atau syarikat awam yang sedang dinyahsenarai menjadi persendirian) dan membantu mereka berkembang sebelum menjualnya untuk mendapatkan untung. Sebagai contoh, salah satu firma ekuiti persendirian utama adalah Blackstone.

Dana ekuiti persendirian mengumpul wang daripada pelabur besar dan menggunakannya untuk membangunkan perniagaan, menyusunnya semula, dan akhirnya menjualnya untuk keuntungan. Dana-dana ini biasanya akan mengunci wang pelabur untuk satu jangka masa yang panjang (5-10 tahun, kadangkala lebih lama) — syarikat persendirian memerlukan masa untuk berkembang. Dana ekuiti persendirian boleh melabur dalam perniagaan startup, syarikat sedang berkembang, atau bahkan membeli syarikat menggunakan wang yang dipinjam. Sekali lagi, walaupun ia hadir dengan risiko yang tinggi, ia juga menawarkan potensi keuntungan yang besar, kerana nilai muktamad bergantung pada kejayaan mengembangkan dan kemudian menjual syarikat-syarikat dalam portfolio pelaburan. Ekuiti persendirian telah menjadi satu industri besar, bernilai trilionan dolar di seluruh dunia.

Beberapa strategi biasa yang digunakan pelabur dalam menguruskan dana jenis ini adalah:

  • pembelian berleveraj (memanfaatkan hutang untuk mengambil alih syarikat),

  • modal teroka (melabur dalam syarikat startup), dan

  • modal pertumbuhan (melabur dalam syarikat yang sedang berkembang).

Seperti dana lindung nilai, sektor ekuiti persendirian bukan untuk semua orang — dana tersebut mengenakan yuran yang tinggi dan memerlukan kepakaran yang signifikan.

Amanah pelaburan hartanah (REITs)

Amanah pelaburan hartanah, atau REIT, adalah syarikat yang memiliki atau membiayai hartanah yang menjana pendapatan: bangunan pejabat, apartmen, pusat beli-belah, hotel, atau gadai janji. REIT membolehkan individu memegang harta pendapatan tanpa benar-benar memiliki hartanah. Ia adalah seperti memiliki sepotong rangkaian hotel gergasi — anda tidak menguruskan hotel itu, tetapi anda mendapat sebahagian daripada keuntungan. Mengikut undang-undang, kebanyakan REIT mesti memberikan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan bercukai mereka kepada pelabur sebagai dividen, menjadikannya pilihan yang popular bagi mereka yang mencari pendapatan tetap.

Terdapat pelbagai jenis REIT: ada yang memiliki bangunan fizikal dan mengutip sewa (REIT ekuiti), beberapa melabur dalam pinjaman hartanah (REIT gadai janji), dan beberapa melakukan kedua-duanya (REIT hibrid). Saham REIT agak cair berbanding dengan memiliki harta secara langsung — anda boleh dagangkannya di bursa saham awam.

Nilainya bergantung pada harga hartanah dan kadar faedah, tetapi dalam jangka masa panjang, ia telah menjadi pilihan pelaburan yang kukuh, menawarkan kedua-dua pendapatan dan kepelbagaian dalam portfolio. Walau bagaimanapun, ia melibatkan pelaburan semula sebahagian keuntungan (sebahagian besar keuntungan dibayar).

Harga REIT boleh terjejas kesan situasi pasaran hartanah dan kadar faedah.

Pilihan dana pelaburan bergantung pada matlamat anda — kenalpasti mereka untuk membuat keputusan terbaik.

Jenis-jenis dana pelaburan: carta perbandingan

Mari kita bandingkan jenis-jenis dana pelaburan dan huraikan ciri-cirinya.

Jenis Dana

Aset & strategi tipikal

Tahap risiko

Kecairan

Khalayak sasar

Dana bersama

Saham, bon, atau aset campuran. Strategi boleh bersifat aktif atau pasif bergantung pada aset.

Bergantung pada kelas aset: dana saham tertinggi risikonya manakala dana bon lazimnya berisiko lebih rendah, dsb.

Sangat cair (boleh dijual dan dibeli setiap hari di NAV).

Pelabur runcit atau pelbagai jenis institusi.

Dana indeks

Menjejaki indeks pasaran tertentu (saham atau bon).

Menyamai risiko pasaran (contohnya, risiko dana indeks S&P 500 terikat dengan risiko pasaran saham).

Sangat cair (didagangkan setiap hari).

Pelabur runcit atau pelbagai jenis institusi.

ETF

Termasuk pelbagai aset seperti saham, bon, komoditi, kontrak hadapan, matawang, dan lain-lain.

Pelbagai (bergantung pada indeks dan aset).

Sangat tinggi (didagangkan intrahari di bursa).

Pelabur runcit, termasuk trader, atau pelbagai jenis institusi.

Dana pasaran wang

Hutang jangka pendek kerajaan dan korporat, setara tunai.

Berisiko rendah (bertujuan untuk memelihara modal).

Berkecairan tinggi (boleh keluarkan dana bila-bila masa).

Runcit (pengurusan tunai), perbendaharaan korporat, dsb.

Dana lindung nilai

Boleh merangkumi pelbagai jenis aset: ekuiti long atau short, derivatif, makro global, dan lain-lain. Diuruskan secara aktif.

Berisiko tinggi (perlu penerapan strategi kompleks dan berleveraj).

Berkecairan rendah (modal dikunci; penebusan berkala).

Pelabur bertauliah, institusi (eksklusif).

Dana ekuiti persendirian

Ekuiti syarikat persendirian (ambil alih syarikat, modal teroka). Diuruskan secara aktif.

Berisiko tinggi (termasuk risiko syarikat/perniagaan, pembelian berleveraj).

Kecairan sangat rendah (modal dikunci 7-10+ tahun).

Institusi, individu HNW (eksklusif).

REIT

Pelaburan dalam hartanah atau gadai janji (dengan struktur sah REIT).

Sederhana (termasuk risiko pasaran hartanah: harga boleh turun naik).

Tinggi untuk REIT awam (didagangkan seperti saham); rendah untuk REIT swasta.

Runcit (melalui REIT awam), institusi (insurans, pencen).

Dana pelaburan: Soalan-soalan lazim

Apakah 4 jenis pelaburan yang utama?

  • Saham (ekuiti).

  • Bon (pendapatan tetap).

  • Wang tunai atau setara tunai (contohnya, deposit simpanan, instrumen pasaran wang).

  • Hartanah.

Sesetengah orang menganggap komoditi atau aset alternatif (contohnya, kripto) sebagai kelas-kelas yang berasingan, tetapi kategori-kategori utama adalah seperti yang disenaraikan di atas.

Bagaimana dana pelaburan menjana wang?

Dana pelaburan menjana wang dengan dua cara utama:

  • Laba modal. Jika nilai aset dalam dana meningkat, nilai dana meningkat, dan pelabur boleh menjual saham mereka untuk mendapatkan keuntungan.

  • Dividen atau faedah. Sesetengah dana membayar pendapatan daripada saham (dividen) atau bon (faedah) kepada pelabur.

Adakah dana pelaburan berisiko?

Ingat: setiap alat pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, tetapi tahap risiko bergantung pada jenis dana.

  • Pilihan berisiko rendah: dana pasaran wang atau bon.

  • Dana berisiko sederhana: seimbang (campuran saham dan bon) atau dana indeks.

  • Instrumen berisiko tinggi yang memerlukan kepakaran: dana lindung nilai, dana ekuiti persendirian, dana khusus sektor.

Mempelbagaikan pelaburan anda dan mendapatkan nasihat daripada profesional membantu anda mengurus risiko dan memperoleh lebih banyak keuntungan.

Berapa banyak wang yang saya perlukan untuk mula melabur dalam suatu dana?

Ia bergantung pada dana. Sesetengah dana amanah memerlukan pelaburan minimum hingga $500 atau $1000, manakala ETF boleh dibeli pada harga serendah harga seunit saham.

Bagaimana cara untuk memilih dana pelaburan yang betul?

Pertimbangkan perkara-perkara berikut:

  • Matlamat utama anda. Apakah fokus anda — pertumbuhan jangka panjang, pendapatan, atau kestabilan?

  • Toleransi risiko anda. Bolehkah anda hadapi naik turun pasaran atau adakah anda pelabur konservatif yang mahukan pilihan yang paling selamat?

  • Fi. Berapa banyak wang yang anda sedia untuk bayar dalam bentuk fi?

  • Prestasi dana. Lihat kadar pulangan silam, tetapi ingat: prestasi masa lalu tidak menjamin keberhasilan pada masa depan.

Dana indeks dan ETF adalah bagus untuk pemula - fi yang dikenakan rendah dan menawarkan kepelbagaian yang luas.

Kesimpulan

Dunia dana pelaburan amat luas dan pelbagai, dan setiap pelabur — sama ada novis atau pro — boleh menemui pilihan yang sesuai. Pemula mungkin lebih meyukai ETF atau dana bersama yang luas sebagai cara yang mudah untuk bermula, sementara pelabur berpengalaman yang mencari pulangan lebih tinggi atau pendedahan alternatif mungkin lebih suka alat yang lebih canggih seperti dana lindung nilai atau ekuiti persendirian. Menganalisis dan memahami pasaran boleh membantu pelabur membuat keputusan yang lebih baik dan mencipta portfolio yang paling sesuai dengan matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka.

FBS ialah peluang anda untuk meraih manfaat daripada trading: sertai sekarang!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.