FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

30 Apr 2025

Asas

Apakah Jenis Pelaburan Yang Dikira Sekuriti?

Apakah Jenis Pelaburan Yang Dikira Sekuriti?

Sekuriti: panduan ringkas untuk pelabur

Sekuriti adalah asas pasaran kewangan — simbol pemilikan, tuntutan hutang, dan kontrak derivatif yang memudahkan aliran modal dalam ekonomi. Bagaimana anda membezakannya daripada instrumen pelaburan lain dan membuat pilihan kewangan yang bijak? Bagaimana anda menggunakannya untuk mempelbagaikan portfolio, menilai risiko dan memenuhi keperluan kawal selia? Selami dunia sekuriti dengan artikel FBS ini dan ketahui mengenainya.

Kategori-kategori utama sekuriti

Terdapat empat kategori yang luas: sekuriti ekuiti, sekuriti hutang, instrumen kewangan derivatif, dan sekuriti hibrid. Setiap satu digunakan untuk matlamat kewangan yang berbeza.

Sekuriti ekuiti

Sekuriti ekuiti adalah pemilikan dalam syarikat. Apabila anda membeli ekuiti (saham), anda sebenarnya menjadi pemegang saham atau pemilik sebahagian daripada syarikat tersebut. Pelabur mempunyai hak untuk menerima sebahagian daripada keuntungan syarikat dalam bentuk dividen dan laba modal.

Ada dua jenis ekuiti yang utama:

  • Saham biasa — memberikan pemegang saham hak mengundi dan sebahagian keuntungan melalui dividen, jika dividen dibayar (Microsoft (MSFT)).

Saham keutamaan (boleh juga dianggap sebagai sekuriti hibrid) — pemegang saham tidak mendapat hak mengundi (atau pilihan ini dihadkan), tetapi biasanya terdapat dividen tetap dan pemilik saham keutamaan dibayar terlebih dahulu sekiranya berlaku pembubaran (saham keutamaan Bank of America (BAC.PR.L)).

Saham mempunyai potensi pulangan yang tertinggi, tetapi ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Sila maklum bahawa nilai saham bergantung pada prestasi syarikat dan keadaaan pasaran.

Mengapa pilih ekuiti?

Anda boleh trade saham di bursa saham seperti Bursa Saham New York (NYSE) dan Nasdaq — mereka mempunyai kecairan yang tinggi dan boleh dibeli dan dijual dengan mudah.

Sekuriti hutang

Sekuriti hutang termasuk bon, sekuriti perbendaharaan, dan tanggungan hutang korporat. Mana-mana sekuriti hutang adalah pinjaman — perniagaan atau kerajaan meminjam wang daripada para pelabur, dan para pelabur ini kemudiannya menerima bayaran faedah tetap (juga dipanggil bayaran kupon) dan pembayaran balik prinsipal pada tarikh matang yang dipersetujui.

Apakah jenis-jenis sekuriti hutang?

  • Bon adalah instrumen hutang jangka panjang yang tempoh matangnya biasanya lebih daripada 1 tahun.

  • Bil Perbendaharaan (T-bills) adalah sekuriti kerajaan jangka pendek (biasanya matang dalam tempoh kurang daripada 1 tahun).

  • Kertas perdagangan (commercial papers) adalah hutang korporat jangka pendek (tarikh matang mereka biasanya sehingga 270 hari). Sebagai contoh, Tesla, Inc. menerbitkan bon.

  • Bon perbandaran adalah pinjaman yang dikeluarkan oleh bandar atau negeri untuk membiayai projek awam (contohnya, bon perbandaran New York City).

Mengapa pilih sekuriti hutang?

Sekuriti hutang menawarkan keuntungan yang lebih kecil, tetapi ia tidak banyak berubah-ubah. Anda boleh mengurangkan tahap risiko keseluruhan portfolio anda dan mempelbagaikannya dengan bon. Jika anda seorang pelabur konservatif dan mahukan hasil yang stabil dengan risiko yang lebih rendah, anda mungkin lebih menyukai bon. Bon kerajaan, seperti Bil Perbendaharaan A.S., biasanya dianggap bebas risiko. Bon korporat menawarkan bayaran yang lebih tinggi, tetapi disertai dengan beberapa risiko kredit.

Berfikir untuk melabur? Cuba FBS, platform yang dipercayai dan dikawal selia.

Derivatif

Derivatif adalah instrumen kewangan yang nilainya bergantung pada nilai aset asas seperti saham, bon, komoditi, matawang atau kadar faedah. Derivatif termasuk:

  • Pilihan — ia memberi pelabur hak (tetapi bukan kewajipan) untuk membeli atau menjual aset pada harga yang ditetapkan.

  • Kontrak niaga hadapan (atau secara ringkasnya "hadapan") — obligasi untuk membeli atau menjual aset pada harga yang telah ditetapkan pada tarikh yang akan datang.

  • Swap — perjanjian untuk pertukaran aliran tunai (contohnya, swap kadar faedah).

Mengapa beli derivatif?

Mempunyai derivatif dalam portfolio anda boleh memberikan manfaat. Ia membolehkan trader berspekulasi mengenai perubahan harga, lindung nilai terhadap risiko, dan mengambil kesempatan daripada posisi-posisi dengan pelaburan modal yang kecil untuk memperolehi peluang perdagangan yang strategik. Sebagai contoh, untuk berspekulasi atau melindungi nilai daripada pergerakan pasaran, lihat niaga hadapan S&P 500. Ambil perhatian bahawa ia tidak memberikan pemilikan langsung ke atas aset pendasar.

Sila maklum, walaupun ia digunakan untuk melindung nilai, derivatif itu sendiri adakalanya rumit dan berisiko tinggi, jadi sekuriti jenis ini memerlukan pengalaman dan memerlukan pendekatan yang berhati-hati.

Sekuriti Hibrid

Sekuriti hibrid menggabungkan elemen sekuriti hutang dan ekuiti — ia boleh membayar pendapatan tetap seperti bon tetapi ia juga boleh bertukar menjadi saham di bawah keadaan tertentu. Ini adalah kompromi antara risiko dan pulangan bagi para pelabur yang mencari keuntungan yang lebih tinggi tetapi mengambil pendekatan berhati-hati dengan risiko. Hibrid termasuk:

  • Bon boleh tukar — bon yang boleh ditukar kepada sebilangan tertentu saham berdasarkan terma yang dipersetujui.

  • Bon kekal — tidak mempunyai tarikh matang dan biasanya membayar faedah tetap selama-lamanya.

  • Saham keutamaan — juga boleh dianggap sebagai ekuiti, seperti yang dinyatakan di atas.

Mengapa pilih sekuriti hibrid?

Hibrid menawarkan pendapatan tetap dan kelebihan ekuiti. Dari aspek risiko, secara perbandingannya ia di pertengahan antara saham dan bon tulen. Secara keseluruhannya, ia berguna untuk pelabur yang mencari pendapatan dengan toleransi risiko sederhana.

Semak carta perbandingan sekuriti kami dan pilih apa yang anda perlukan.

Jenis sekuriti

Pemilikan

Jenis pendapatan

Tahap risiko

Contoh

Sekuriti ekuiti

Ya

Dividen atau faedah (bergantung pada aset)

Tinggi

Saham Apple (AAPL)

Sekuriti hutang

Tidak

Faedah tetap

Rendah hingga sederhana

Bon Perbendaharaan A.S., bon Tesla

Derivatif

Tidak

Pelbagai

Tinggi

Niaga hadapan S&P 500, call option

Sekuriti hibrid

Separa: bergantung pada aset

Tetap atau berubah

Sederhana

Bon boleh ubah, saham keutamaan

Tidak pasti di mana untuk mula melabur? Terokai dunia sekuriti dengan FBS: buka akaun demo sekarang!

Rangka kerja kawal selia dan pematuhan

Peraturan sekuriti direka untuk melindungi pelabur daripada penipuan, memastikan pasaran yang adil, telus, dan cekap, serta mengekalkan kestabilan kewangan untuk semua pihak yang terlibat.

Adalah penting bagi kedua-dua trader dan pelabur untuk memahami tuntutan dan sekatan kawal selia yang terpakai ke atas sekuriti. Di Amerika Syarikat pasaran sekuriti dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC, Securities and Exchange Commission); di Eropah — oleh Lembaga Sekuriti dan Pasaran Eropah (ESMA, European Securities and Markets Authority). Peraturan mungkin berbeza di lokasi yang berlainan, tetapi kesemuanya mengejar objektif yang sama:

  • untuk memastikan syarikat memberikan maklumat yang lengkap, tepat, dan pada masa tepat seperti syarat pembayaran balik, risiko, dan kemantapan kewangan;

  • untuk menghindari perdagangan orang dalam dan pemanipulasian pasaran; dan

  • untuk mengelakkan spekulasi berlebihan.

Apabila memilih platform atau broker, pastikan ianya dikawal selia — ini boleh melindungi wang anda. FBS dikawal selia — semua transaksi adalah selamat dan terjamin. Sertai pasukan FBS!

Sekuriti vs. pelaburan alternatif

Apakah Jenis Pelaburan Yang Dikira Sekuriti?

Satu lagi hal yang penting adalah untuk membezakan sekuriti daripada pelaburan lain seperti hartanah, komoditi, dan pelaburan langsung. Walaupun aset-aset alternatif ini mungkin berguna untuk mempelbagaikan portfolio anda, ia tetap termasuk dalam definisi konvensional sekuriti.

Pelaburan alternatif termasuk:

  • hartanah — hartanah kediaman atau komersial;

  • ekuiti swasta — pemilikan dalam syarikat swasta;

  • dana lindung nilai — dana terkumpul yang memerlukan strategi lanjutan;

  • komoditi – Emas, Platinum, minyak, dsb;

  • mata wang kripto – Bitcoin, Ethereum, dll;

  • koleksi — sebagai contoh, karya seni.

Bertentangan dengan sekuriti yang didagangkan secara awam, ia:

  • berkecairan lebih rendah;

  • terhad peraturannya;

  • kurang ketelusan;

  • berpotensi untuk memberi pulangan yang tinggi dan risiko yang lebih tinggi.

Rangkuman

Untuk membuat keputusan kewangan yang bijak, adalah penting untuk memahami jenis-jenis pelaburan yang termasuk dalam kategori sekuriti, dan bagaimana setiap kategori ini berfungsi. Menggabungkan pengetahuan ini dengan pengalaman dalam pasaran yang sentiasa berubah adalah kunci kepada kemakmuran ekonomi jangka panjang.

Perdagangan menjadi mudah dengan FBS — jom bermula sekarang!

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.